Tuesday, April 14, 2009

IPBA diisytihar IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa

Akhirnya terjawab sudah teka-teki serta persoalan mengenai nama rasmi IPBA selepas penjenamaan semula Institusi Perguruan seluruh Malaysia.
Walaupun agak terlewat berbanding kampus-kampus lain, IPBA akhirnya diisytiharkan sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Antarabangsa yang diumumkan oleh Timbalan Pengarah, Puan Satinah bt Syed Salleh ketika ucapannya dalam Perhimpunan Bulanan anjuran Cohort 3, Isnin lepas.
Berkuatkuasa Februari, Institut Pendidikan Guru akan berdiri dengan satu identiti iaitu Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan hanya akan dipisahkan oleh kampus-kampus sahaja yang mewakili cawangan.
Identiti baru ini dilihat akan melonjakkan lagi institusi perguruan untuk berdiri setaraf insitusi pengajian tinggi awam dan konsep satu pusat berbeza kampus ini sedikit sebanyak menyamai apa yang dilaksanakan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berdiri dengan satu nama, satu logo, satu lagu dan pentadbiran pun disatukan tetapi dipisahkan melalui kampus cawangan negeri.
Semoga penjenamaan IPGM ini yang bakal melancarkan logo utama tidak lama lagi akan melonjakkan lagi imej institusi, untuk menjadi entiti pembentuk generasi guru Malaysia berkualiti dan berkaliber untuk agama, bangsa dan negara.

sumber berita dari blog Warkah Pantai Puri

No comments:

Post a Comment