Thursday, April 30, 2009

Subjek Hubungan Etnik

TAJUK
1
KONSEP-KONSEP
ASAS HUBUNGAN
ETNIK
Memperkenalkan konsep-konsep hubungan etnik yang
merangkumi konsep pluraliti budaya, masyarakat dan Islam
Hadhari.
TAJUK
2
PLURALITI
MASYARAKAT
ALAM MELAYU
DALAM SEJARAH
Pluraliti masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah, bentuk
dan struktur masyarakat.
a. Melaka sebagai Kerajaan Melayu Islam (Baba, Mamak,
Bukit Cina, Tanjung Kling, dsb. Asimilasi dalam
ruanglingkup Islam)
b. Peranan Perlak, Pasai, Aceh, Johor, Riau, dll.
(Perhubungan dagangan, perkahwinan, perkampungan,
dsb)
c. Asimilasi golongan pendatang
d. Kuliah akan membincangkan beberapa konsep utama
yang akan menjadi alat analisis terhadap realiti budaya
dan hubungan etnik di Malaysia. Konsep utama adalah
konsep sistem sosial, yang mengandungi tiga komponen
utama iaitu, masyarakat, budaya dan individu
e. Sebelum bertapaknya penjajahan Eropah di rantau
Nusantara, tidak wujud negara-bangsa seperti Malaysia,
Indonesia, Brunei, Filipina dan Thailand yang mempunyai
sempadan geo-fizikal masing-masing. Ketika itu sistem
sosial rantau Nusantara bercirikan unsur polity dan
plurality . Kuliah ini membincangkan bentuk-bentuk
masyarakat, budaya dan individu dalam konteks sistem
sosial pra-penjajahan ini.
f. Kuliah ini membincangkan kepelbagaian bentuk
masyarakat, budaya dan individu dalam konteks sistem
sosial pasca-penjajahan ini.
TAJUK
3
PERLEMBAGAAN
MALAYSIA DALAM
KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia telah dianggap bukan sahaja
sebagai institusi tunjang bahkan sebagai suatu ‘kontrak
sosial’ yang menstrukturkan sistem sosial Malaysia. Proses
penggubalan dan penerimaannya penuh dengan
perundingan, perdebatan dan tolak-ansur antara kelompok
etnik di Malaysia. Sebahagian daripada perlaksanaannya
masih diperkatakan dari segi legitimasi politiknya. Kuliah ini
membincangkan sejarah penggubalan, perundingan dan
perlaksanaan Perlembagaan Malaysia serta beberapa
masalah yang terkait dengan hubungan etnik dan
penyelesaian yang dicapai.
KURIKULUM HUBUNGAN ETNIK
4 Fizoh/d/kurikulumetnik/sood/19.12.05
TAJUK
4
PEMBANGUNAN
EKONOMI DALAM
KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA
Modenisasi, umumnya mengandungi dua aspek utama iaitu
pembangunan ekonomi dan pembinaan negara-bangsa.
Sasaran pelaksanaan dan pencapaian dalam kedua aspek
ini berbeza tetapi saling melengkapi kerana pembangunan
ekonomi mengidamkan sebuah masyarakat industrial dan
pembinaan negara-bangsa mengidamkan suatu bangsa
yang bersatu padu. Kuliah ini membincangkan sejarah
pembangunan ekonomi Malaysia daripada zaman
penjajahan hingga sekarang, yang memperlihatkan
bagaimana isu hubungan etnik tersulam dalam isu dan
dasar pembangunan ekonomi seperti perlaksanaan dasar
Ekonomi Baru.
TAJUK
5
CABARAN
TERHADAP
HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA DAN
GLOBAL
a. Acuan untuk membina rakyat Malaysia yang mempunyai
towering personality (personaliti unggul); agama,
bahasa, nilai murni.
b. Cabaran Inter-Intra Hubungan Etnik
c. Implikasi apabila hubungan etnik kurang sempurna,
contoh :
a. peristiwa 13 Mei 1969
b. peristiwa kampung Medan
d. Kaedah penghayatan : Islam sebagai penyelesaian
TAJUK
6
PEMBANGUNAN
POLITIK DALAM
KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA
Modenisasi, umumnya mengadungi dua aspek utama iaitu
pembangunan ekonomi dan pembinaan negara-bangsa.
Sasaran perlaksanaan dan pencapaian dalam kedua-dua
aspek ini berbeza tetapi saling melengkapi kerana
pembangunan ekonomi mengidamkan sebuah masyarakat
industrial dan pembinaan negara-bangsa mengidamkan
suatu bangsa yang bersatu-padu. Kuliah ini membincangkan
secara khusus proses pembinaan negari-negari di Malaysia
yang beputik pada zaman penjajahan dan mekar hingga
sekarang, yang memperlihatkan bagaimana isu hubungan
etnik senantiasa menjadi topik perbincangan. Kuliah ini turut
membincangkan beberapa usaha konkrit ke arah mencapai
cita-cita perpaduan nasional seperti Dasar Ekonomi Baru,
Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, dan Wawasan 2020. Setiap dasar ini
menghadapi beberapa cabaran dalam pelaksanaannya dan
hal ini akan turut dikupas dalam kuliah.
TAJUK
7
ISLAM HADHARI
DAN HUBUNGAN
ETNIK
Islam yang bertapak sejak sekian lama di Alam Melayu telah
menjadi sumber rujukan utama dalam aspek sosial,
ekonomi, budaya dan politik. Hal tersebut terbukti dengan
termaktubnya Islam sebagai agama rasmi dan sumber
kepada perundangan, seperti tercatat dalam Hukum Kanun
Melaka dan Hukum Kanun Pahang. Kini Islam mendapat
KURIKULUM HUBUNGAN ETNIK
5 Fizoh/d/kurikulumetnik/sood/19.12.05
tempat di dalam Perlembagaan Malaysia dan masih menjadi
isu dalam konteks kehidupan sosial, budaya dan politik
Malaysia. Kuliah ini akan membincangkan kedudukan Islam
Hadhari dalam realiti budaya dan kehidupan etnik di
Malaysia, dalam konteks rentas waktu yang berbeza, iaitu
zaman pra-penjajahan, penjajahan, dan pasca-penjajahan.
TAJUK
8
HUBUNGAN ETNIK
KE ARAH
MASYARAKAT
BERINTEGRASI
Pengalaman penjajahan telah memperkenalkan suatu
bentuk ilmu, iaitu ‘ilmu kolonial’ yang telah mencipta
himpunan maklumat dan analisis mengenai etnisiti, kelas
dan wilayah di Malaysia untuk kegunaan pentadbiran
berkesan pemerintahan British. Kategori seperti etnisiti,
kelas dan wilayah telah dijadikan asas kepada pembentukan
pelbagai dasar seperti dasar ekonomi, politik, dan
pendidikan. Pelaksanaannya telah menimbulkan pelbagai
masalah yang masih dirasakan kesannya hingga sekarang
kerana sebahagian besarnya telah dimasukkan dalam
Perlembagaan Malaysia. Kuliah ini membincangkan
pembentukan kelompok etnik dan hubungan antara
kelompok serta masalah yang timbul daripada interaksi
antara etnik. Kuliah ini juga memperkatakan tentang
pengaruh kelas sosial dalam dinamik sistem sosial di
Malaysia, seperti pembentukan kelas menengah. Dari segi
ruang fizikal, dengan wujudnya konsep seperti “Pantai
Timur” dan “Pantai Barat” atau “Malaysia Timur” dan
“Malaysia Barat” telah mempengaruhi agihan ekonomi,
proses politik dan hubungan antara kelompok etnik.

No comments:

Post a Comment